fbpx

Mi Tarik Makemi sedap, sihat dan pantas dimasak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mi tarik Makemi kini menjadi pilihan pelanggan yang mahu mencari kelainan dalam produk makanan segera yang sihat tanpa bahan kimia.

PETALING JAYA – Solehah Trading, pengeluar mi tarik segera berjenama Makemi, mengunjurkan jualan produk makanan itu mencecah sehingga 20,000 karton sebulan sepanjang tahun ini.

Pengasas syarikat, Sarah Ahmad Nafiah berkata, produk yang telah berada di pasaran sejak bulan Oktober tahun lalu telah berjaya dijual sebanyak 10,000 karton dengan sambutan yang baik daripada pelanggan.

Menurut beliau, ini kerana Makemi memiliki keunikannya tersendiri yang mana mi buatan syarikat menggunakan tepung tanpa asid peluntur, bahan awet asid borik dan tanpa menggunakan bahan kimia tapi sebaliknya mengandungi perahan jus safron iaitu sejenis bunga.

Perencah mi tarik itu juga tidak memiliki kandungan aditif monosodium glutamate (MSG).

“Peminat mi tarik segera kini boleh memilih tiga menu jenama­ Makemi iaitu Sup Ayam Kicap, Kari Santan Asli dan Tom­yam Kelapa,” katanya dalam kenyataan yang dike­luarkan baru-baru ini.

Solehah Trading bermula dengan mengusahakan makanan sunnah bermula tahun 2013 dan ia turut menawarkan produk makanan tambahan, Gummy Buah-Buahan ISQ de­ngan formula tujuh makanan sunnah.

Sarah memberitahu, Mi Tarik segera Makemi yang dijual pada harga RM14 sekotak itu dijual secara online dan mempelawa usahawan baharu menyertainya menjadi pengedar bagi meluaskan rangkaiannya di seluruh negara.

Produk ini berpotensi se­­­iring peningkatan kefahaman masyarakat terhadap amalan makanan dan gaya hidup sihat. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN