fbpx

Mesyuarat MKT UMNO tidak bincang usul segerakan PRU-15

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ismail Sabri (dua kanan) ketika hadir di Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2021 pada mesyuarat MKT parti malam ini. /FOTO AMIR KHALID

KUALA LUMPUR – Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO malam ini tidak membincangkan mengenai usul Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) disegerakan.

Perdana Menteri yang juga Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob memaklumkan perkara itu ketika ditanya pemberita di pekarangan Menara Dato Onn di sini .

“(Mesyuarat) Seperti tahun-tahun dahulu usul atau laporan daripada wakil MKT ke mesyuarat sayap. Itu sahaja,” katanya.

UMNO sebelum ini dilaporkan akan memutuskan sama ada menyegerakan PRU-15 akan diangkat sebagai usul Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2021 pada mesyuarat MKT parti itu malam ini.

Perkara itu dikatakan akan diputuskan selepas mengambil kira pandangan dan kehendak akar umbi parti. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI