fbpx

Mayat lelaki disyaki pesakit mental ditemui terapung

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mayat mangsa diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut. FOTO IHSAN BOMBA

KOTA BHARU – Mayat seorang lelaki dipercayai pesakit mental ditemui dalam keadaan terapung di bawah Jambatan Pasir Tumboh, Sungai Pasir Tumboh di sini hari ini.

Lelaki yang dikenali sebagai Norazmi Mohd. Kassim berusia dalam lingkungan 30-an ditemui kira-kira 10 meter dari tebing sungai oleh orang awam kira-kira pukul 7 malam.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Pasir Tumboh, El Taraff Mohd. Zachariah berkata, pihaknya menerima panggilan daripada orang awam kira-kira pukul 7.10 malam sebelum bergegas ke lokasi kejadian.

Menurutnya, sebaik tiba di lokasi kejadian, pihaknya mendapati mayat seorang lelaki berada dalam keadaan terapung di dalam sungai berkenaan.

“Mangsa berada pada kedudukan 10 meter dari tebing sungai. Bomba menggunakan sebuah bot untuk mengangkat mangsa kira-kira 35 minit kemudian.

“Mayat mangsa kemudian diserahkan kepada polis sebelum dibawa ke Hospital Universiti Sains Malaysia, Kubang Kerian di sini untuk dibedah siasat,” katanya ketika dihubungi Kosmo! sebentar tadi. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI