fbpx

Liverpool mula yakin buru kejuaraan EPL

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KLOPP (dua dari kanan) percaya Liverpool memiliki peluang besar untuk mengecewakan City dan muncul juara EPL musim ini. – AFP

LONDON – Pengurus Liverpool, Jurgen Klopp menyifatkan kemenangan 2-0 ke atas Arsenal awal pagi semalam sebagai sesuatu yang cukup istimewa dan merasakan pasukannya berada pada tahap prestasi terbaik.

Tiga mata yang diraih kali ini juga terus memberikan tekanan kepada pendahulu liga, Manchester City dan kedua-dua pasukan kini hanya dipisahkan dengan satu mata.

“Kemenangan ini cukup istimewa. Kami mengharungi separuh masa pertama dengan kurang baik, namun kembali bangkit untuk meletakkan pasukan di landasan yang betul,” katanya.

Arsenal dilihat beraksi dengan lebih teratur di babak pertama, tetapi Liverpool bangkit pada 45 minit kedua hingga memperoleh kedua-dua gol menerusi Diogo Jota dan Roberto Firmino.

Ketika ini Liverpool muncul pasukan yang meraih mata pa­ling banyak untuk tahun 2022 apabila belum lagi tewas dalam 10 perlawanan dan ini adalah yang pertama kali berjaya dilakukan The Reds sejak 2015.

Berbaki sembilan perlawanan lagi musim ini, Klopp menegaskan para pemainnya sentiasa bersedia untuk terus memenangi perlawanan ketika mereka bakal membuat perhitungan menentang City bulan depan.

“Kami berada dalam situasi terbaik dan satu-satunya perkara yang kami perlu lakukan adalah memenangi perlawanan. Dalam liga ini, tiada satu pun perlawanan yang boleh dianggap mudah.

“Dalam tempoh 10 tahun ini, adakah anda rasakan kami patut berbangga berada di tempat ke­dua dengan jurang satu mata berbanding pasukan yang muncul juara? Mungkin tidak. Kami miliki skuad istimewa dan akan cuba sehabis baik,” jelas Klopp. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI