fbpx

Lelaki hilang hampir 40 jam ditemui meninggal dunia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seorang lelaki yang disedari hilang sejak awal pagi semalam ditemui telah meninggal dunia kira-kira lima kilometer dari lokasi barangan peribadinya ditemui di tepi Sungai Mahsan, di sini, petang tadi. - foto IHSAN POLIS

JEMPOL – Seorang lelaki yang disedari hilang sejak awal pagi semalam ditemui mati kira-kira lima kilometer dari lokasi barangan peribadinya ditemui di tepi Sungai Mahsan, di sini petang tadi.

Mangsa, Lee Chan Meng, 65, yang beralamat di Taman Mahsan di sini dijumpai pasukan penyelamat terapung di Sungai Serting, Bandar Seri Jempol (BSJ) pukul 4.55 petang.

Menurut Ketua Polis Daerah Jempol, Superintendan Hoo Chang Hook, anak mangsa berusia 27 tahun mendapati ayahnya keluar rumah pukul 1.30 pagi dan sebelum mendapat panggilan telefon daripada bapa saudaranya yang memaklumkan menemui kasut, cermin mata dan telefon bimbit mangsa di tepi sungai.

“Mangsa membuat laporan di Balai Polis BSJ dan bomba menggerakkan operasi mengesan mangsa di kawasan sungai sepanjang dua kilometer.

“Pencarian turut dilakukan di kawasan darat berhampiran taman dan tebing sungai,” katanya dalam satu kenyataan hari ini. Turut digunakan khidmat Unit Pengesan Anjing (K9). – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI