fbpx

Kerajaan kembali seragam harga barang keperluan Pulau Redang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Rosol (dua dari kanan) mengisi minyak petrol RON95 secara percuma ke motosikal salah seorang penduduk selepas melancarkan program Penyeragaman Harga di Kampung Baru Pulau Redang, Kuala Nerus hari ini.

KUALA NERUS – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) mengembalikan semula program penyeragaman harga bagi menyelesaikan masalah kenaikan kos sara diri dihadapi lebih 2,000 penduduk Pulau Redang di sini sejak dua tahun lalu.

Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Rosol Wahid berkata, sebelum ini, penduduk pulau itu perlu membayar bayar keperluan dengan harga lebih tinggi berikutan kos pengangkutan.

“Kita mendengar keluhan dan rungutan penduduk setempat setelah program penyeragaman harga yang telah ditangguhkan pada tahun 2019.

“Program penyeragaman harga ini melibatkan harga barang kawalan seperti petrol RON95, diesel, gas petroleum cecair (LPG), tepung gandum, gula, beras, gula dan minyak masak,” katanya memantau pelaksanaan program Penyeragaman Harga di Pulau Redang di sini hari ini.

Kosmo! 23 September 2021 melaporkan penduduk Pulau Redang yang ratanya merupakan golongan nelayan tertekan kerana perlu mendapatkan barang keperluan dengan harga melambung tinggi berbanding tanah besar.

Mereka perlu membayar RM45 untuk membeli satu tong LPG seberat 14 kilogram (kg), gula (RM3.50), minyak masak (RM3.30), petrol RON95 (RM3.10) dan beras 10 kg (RM33).

Rosol berkata, program penyeragaman harga terhadap barangan kawalan itu turut melibatkan penduduk di Pulau Perhentian, Besut.

Tambah beliau, program ini membolehkan kesemua barangan kawalan terbabit dijual harga subsidi ditetapkan dan setara dengan kawasan lain di seluruh negara. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI