fbpx

Kehadiran KD Keris gerunkan bot nelayan asing

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kru KD Keris memberikan isyarat pengusiran pada bot nelayan asing setelah dikesan menceroboh masuk perairan negara berhampiran Pulau Perak semalam.

LUMUT – Cubaan 12 bot nelayan asing menceroboh masuk perairan negara berhampiran Pulau Perak dihalang apabila diusir keluar oleh kapal Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) semalam.

Markas Pemerintahan Armada Barat TLDM memberitahu, pencerobohan itu dikesan pada pukul 5 petang sebelum dihalang kapal KD Keris dari Skuadron Littoral Mission Ship ke-11.

Menurut kenyataan itu, penyaluran maklumat yang pantas menerusi Maritime Component Commander (MCC) Barat telah mengaturgerak aset yang terhampir taitu KD Keris untuk ke lokasi.

“Terdahulu, pesawat rondaan maritim jenis B200T milk Tentera Udara Draja Malaysia telah berjaya mengesan kedudukan 12 bot tersebut pada posisi berbeza.

“Sekumpulan bot dikesan pada 71 batu nautika dan 57 batu nautika Tenggara Pulau Perak. Maklumat pengesanan lantas disalurkan kepada komponen maritim bagi tindakan lanjut,” ujar kenyataan itu.

Setiba pada kedudukan pengesanan, KD Keris mempamerkan kecekapan menerusi tindakan pengusiran dan terus mengiringi bot-bot sehingga keluar meninggalkan sempadan perairan negara.

“Tujuh lagi bot nelayan asing yang dikesan pula dipercayai telah meninggalkan perairan negara setelah menyedari kehadiran kapal peronda TLDM.

“Angkatan Tentera Malaysia khususnya TLDM tidak akan berkompromi dalam aktivit yang melibatkan keselamatan dan ketidakpatuhan undang-undang negara,” ujar kenyataan itu lagi. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI