KUALA LANGAT – Kelicikan empat lelaki menjadikan bengkel mengecat motosikal di Batu 10 Kebun Baru, Telok Panglima Garang di sini, sebagai ‘port’ memproses air ketum sejak sebulan lalu terbongkar apabila digempur polis semalam.
Kesemua suspek berusia 21 hingga 31 itu ditahan pukul 10.15 malam ketika leka memproses bahan tersebut.
Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superintendan Ahmad Ridhwan Mohd. Nor@Saleh berkata, hasil pemeriksaan kemudian menemukan beberapa peralatan dan perkakasan dipercayai untuk memproses daun ketum.
Katanya, mereka didapati menjual sebungkus air ketum pada harga RM18.
“Bagi botol seberat 1.5 liter pula dijual RM25 kepada para pelanggan mereka.
“Nilai keseluruhan rampasan dianggarkan berjumlah RM770,” katanya dalam kenyataan hari ini. – KOSMO! ONLINE.