fbpx

Dijel 4 tahun, denda RM10,000 sebabkan kematian anggota polis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

KAJANG – Seorang ahli perniagaan dipenjara empat tahun dan denda RM10,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas empat pertuduhan termasuk memandu di bawah pengaruh alkohol sehingga menyebabkan kematian seorang anggota polis, dua tahun lalu.

Hakim Sayani Mohd. Nor menjatuhi hukuman itu selepas tertuduh, K. Kalaichelvan, 44, menukar pengakuan kepada bersalah pada prosiding hari pertama perbicaraan hari ini.

Mahkamah turut memerintahkan tertuduh dipenjara lima bulan jika gagal membayar denda tersebut selain hilang kelayakan lesen memandu selama lima tahun.

Kalaichelvan didakwa memandu di bawah pengaruh alkohol sehingga menyebabkan kematian Koperal Safwan Muhammad Ismail, 31.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 44(1)(b) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 (pindaan 2020) yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 15 tahun dan denda sehingga RM100,000 dan hilang kelayakan memandu untuk tempoh tidak kurang 10 tahun dari tarikh disabitkan kesalahan.

Bagi pertuduhan pertama, tertuduh dipenjara empat tahun dan denda RM10,000.

Bagi pertuduhan kedua hingga keempat, lelaki itu didakwa memandu tanpa lesen memandu, melanggar Sekatan Jalan Raya (SJR) dan ingkar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Covid-19.

Kesemua kesalahan dilakukan di SJR berhampiran Plaza Tol Kajang Selatan, Lebuh Raya Kajang-Seremban (Lekas), pukul 2 pagi pada 3 Mei 2020. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI