fbpx

‘Datang minta maaf dengan saya sendiri’ – Jazlan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Jazlan menafikan sekeras-kerasnya dakwaan membiayai kumpulan laungkan 'bubar parlimen' esok.

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Machang, Datuk Jazlan Yaacob menafikan sekeras-kerasnya dakwaan yang menyatakan beliau akan mengumpulkan penyokong bagi melaungkan ‘bubar parlimen’ esok.

Dakwaan tersebut dikeluarkan melalui pesanan ringkas yang disebarkan melalui aplikasi WhatsApp sejak semalam menyatakan perkataan bubar parlimen bakal dilaungkan di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) pada hari terakhir Persidangan Agong UMNO (PAU) 2021.

“Saya berani bersumpah, saya tidak pernah terniat untuk melakukan perkara tersebut. Saya tidak akan memaafkan siapa yang fitnah itu sehingga dia datang berjumpa saya sendiri.

“Ini merupakan satu niat jahat bagi melumpuhkan karier politik saya, ” ujarnya di sini hari ini.

Terdahulu, Pengerusi Perhubungan UMNO Kelantan itu telah difitnah akan mengumpulkan beberapa penyokong bagi melaungkan ‘bubar parlimen’ pada hari terakhir PAU 2021 di WTCKL esok.

Beliau turut dituduh membiayai penyokong tersebut serta pakatan itu didakwa dilakukan bersama Ketua Pemuda UMNO Malaysia, Datuk Seri Asyraf Wajdi Dusuki. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI