fbpx

Aksi memek muka sengaja persenda OKU

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Persatuan Sahabat OKU Perak membuat laporan polis di Balai Polis Sungai Senam, Ipoh - FOTO ZULFACHRI ZULKIFLI.

IPOH – Persatuan Sahabat Orang Kelainan Upaya (OKU) Perak mendesak wanita yang dikenali sebagai ‘Kak Long 7E’ supaya membuat pengakuan sengaja mempersendakan golongan itu.

Timbalan Presidennya, Muhamad Firdaus Ibrahim berkata, meskipun dia menafikan perkara itu dan telah membuat permohonan maaf, namun ia dilihat sebagai perbuatan tidak ikhlas.

“Dia memang sudah buat permohonan maaf tapi belum mengaku tindakannya memang mempersendakan OKU. Dia anggap (tindakannya) dalam video itu tidak bersalah.

“Kami berharap Kak Long mengaku dan buat permohonan maaf secara terbuka dan tindakan sewajarnya perlu dikenakan terhadap wanita itu,” katanya ketika ditemui selepas membuat laporan di Balai Polis Sungai Senam di sini hari ini.

Menurutnya, perbuatan mengejek dan mempersendakan OKU bukan kali pertama berlaku, malah tindakan itu menunjukkan sikap pihak yang tidak sensitif dan menghormati golongan berkenaan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI