PUTRAJAYA – Jangkitan Covid-19 semalam merekodkan sebanyak 27,004 kes menjadikan jumlah keseluruhan kes di Malaysia sebanyak 3,927,437 kes.
Berdasarkan data pada laman web CovidNow, daripada kes yang dilaporkan semalam, sebanyak 719 kes adalah kes import yang mendapat jangkitan dari luar negara.
“Kesemua kes tersebut dilaporkan di Selangor (7,558 kes), Kuala Lumpur (3,266 kes), Pulau Pinang (2,315 kes), Johor (1,990 kes), Kedah (1,916 kes), Negeri Sembilan (1,882 kes), Perak (1,561 kes), Sarawak (1,484 kes) dan Pahang (1,434 kes).
“Seterusnya, Kelantan (863 kes), Sabah (769 kes), Terengganu (764 kes), Melaka (750 kes), Perlis (171 kes), Putrajaya (150 kes) dan Labuan (131 kes),” demikian maklumat tersebut hari ini.
Dalam masa sama, sebanyak 86 kes kematian Covid-19 dilaporkan menjadikan jumlah kematian terkini sebanyak 34,185 kes serta sebanyak 35 kes meninggal dunia di luar hospital atau brought in death (BID) dengan jumlah kes BID sebanyak 7,163 kes.
Sebanyak 296,799 kes aktif dilaporkan melibatkan 286,599 kes dikuarantin di rumah, 1,971 kes di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC), 7,856 kes di hospital, 148 kes di Unit Rawatan Rapi (ICU) tanpa bantuan pernafasan dan 225 kes di ICU dengan bantuan pernafasan. -KOSMO! ONLINE