fbpx

14 individu ditahan terlibat penyalahgunaan dadah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Dadah jenis Heroin dan Syabu yang berjaya dirampas dam tangkapan di sekitar Port Dickson.

PORT DICKSON – Kegiatan pengedaran dan penyalahgunaan dadah di Port Dickson berjaya ditumpaskan dengan penahanan 14 individu dalam operasi di sekitar daerah ini semalam.

Ketua Polis Daerah Port Dickson, Superitendan Aidi Sham Mohamed berkata, tangkapan dijalankan Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Port Dickson bermula Selasa lalu hingga semalam hasil maklumat awam.

“Kesemua suspek yang ditahan terdiri daripada 13 lelaki dan seorang wanita yang berusia lingkungan 20 hingga 64 tahun, mereka ditahan di sekitar Lukut, Teluk Kemang dan Linggi di sini,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Aidi Sham berkata, pihak polis pada mulanya telah menahan lima lelaki di kawasan Tokong Cina Lama di Bandar Spring, Lukut pada Selasa lalu dan berjaya merampas dadah berbahaya jenis Heroin dengan berat 2.14 gram.

“Susulan tangkapan tersebut, seorang lelaki berusia 20-an berjaya ditahan di kawasan Lukut dan polis telah merampas dadah jenjs Heroin seberat 15.10 gram.

“Seterusnya, pada keesokan harinya tiga suspek lelaki berusia 25 hingga 30 tahun ditahan di kawasan Telok Kemang kerana menyalahgunakan dadah,” katanya.

Tambah beliau, dalam serbuan semalam pula seramai empat lelaki dan seorang wanita berusia 21 hingga 46 tahun telah ditahan di kawasan Linggi di sini.

“Dalam serbuan ini, dadah berbahaya jenis Heroin dengan berat 5.11 gram dan dadah jenis Syabu seberat 0.53 Gram telah berjaya dirampas. Jumlah keseluruhan rampasan dadah dianggarkan bernilai RM835.25.

“Hasil semakan mendapati, kesemua suspek mempunyai rekod lampau berkaitan kes jenayah dan dadah,” katanya lagi.

Beliau berkata, kesemua suspek ditahan di lokap IPD Port Dickson dan kesemua rampasan dadah telah disiasat di bawah Akta Dadah Berbahaya 1952. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI