fbpx

Yew Sin, Ee Yi gagal ke suku akhir All England

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
YEW SIN (kiri) dan Ee Yi (kanan) terpaksa akur tewas 22-24, 21-13, 17-21 kepada pasangan Indonesia di pusingan kedua All England sebentar tadi. - BAM/BADMINTON PHOTO

KUALA LUMPUR – Hasrat beregu profesional negara, Ong Yew Sin-Teo Ee Yi untuk mara ke suku akhir Kejohanan Badminton Seluruh England (All England) tahun ini tidak kesampaian.

Ia ekoran kekalahan beregu negara di ranking ke-11 dunia itu kepada pasangan Indonesia, Muhammad Shohibul Fikri dan Bagas Maulana 22-24, 21-13, 17-21 pada pusingan kedua All England di Utilita Arena Birmingham sebentar tadi.

Kekalahan itu menyaksikan Yew Sin-Ee Yi gagal memperbaiki pencapaian edisi tahun lalu selepas mereka tewas straight-set kepada beregu Jepun, Hiroyuki Endo-Yuta Watanabe 10-21, 19-21 di pusingan kedua.

Kini, wakil beregu lelaki negara cuma tinggal Aaron Chia-Soh Wooi Yik yang akan turun ke gelanggang menentang He Jiting-Tan Qiang dari China awal pagi nanti.

Ia selepas juara baharu Terbuka Jerman, Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani dan Tan Kian Meng-Tan Wee Kiong tumpas kepada lawan masing-masing di pusingan pertama semalam. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI