fbpx

Wanita UMNO siap sedia hadapi PRU15

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Noraini

KUALA LUMPUR – Pergerakan Wanita UMNO sentiasa bersedia untuk memasuki gelanggang Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) pada bila-bila masa.

Ketuanya, Datuk Seri Dr. Noraini Ahmad berkata, bagaimanapun sebarang tindakan dan keputusan mengenainya perlu dibuat secara berhemah, matang dan bijaksana.

“Wanita UMNO bersama jentera Barisan Nasional (BN) akan berganding bahu, seia dan sekata, sederap kita melangkah, berkongsi aspirasi parti.

“Pada masa sama kita juga mengambil kira akan kesepakatan Memorandum Persefahaman (MoU) Transformasi dan Kestabilan Politik yang keabsahannya sehingga 31 Julai 2022.

“Wanita UMNO percaya Datuk Seri Presiden dan Majlis Kerja Tertinggi akan buat keputusan terbaik dalam mencadangkan masa yang tepat dan sesuai kepada Perdana Menteri,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa menyampaikan ucapan dasar Perhimpunan Agung UMNO Wanita UMNO di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) di sini hari ini.

Turut hadir Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi dan Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar Nasarah.

Terdahulu, Noraini berkata, Pergerakan Wanita UMNO berharap lebih ramai calon daripada sayap parti itu akan diketengahkan dalam PRU15.

Menurut beliau, dalam PRU14 calon wanita Barisan Nasional (BN) hanya mewakili 11.7 peratus daripada keseluruhan calon yang ditampilkan.

“Dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka lima wanita dicalonkan berbanding hanya dua calon pada PRU14. (Dalam PRN Johor) inilah kali pertama BN meletakkan 25 peratus calon wanita.

“Walaupun kita sebenarnya minta 30 peratus, tetapi 25 peratus sudah ok. InsyaAllah pilihan raya umum akan datang 30 peratus minimum,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI