fbpx

Tunggu 20 Mac ini – Ayob Khan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ayob Khan (tengah) pada sidang akhbar hari ini. - Foto oleh ZULFADHLI ZAKI

SHAH ALAM – Polis telah melengkapkan siasatan berhubung 10 individu termasuk sembilan daripadanya penguat kuasa yang menyeludup semula dadah rampasan ke Indonesia.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, polis masih menunggu arahan daripada pihak pendakwaan termasuk bagi proses pertuduhan.

“Setakat ini, tiada tangkapan susulan dan reman mereka akan tamat pada 20 Mac ini (Ahad).

“Kita telah pun menyiapkan kertas siasatan dan tunggulah apa keputusannya sama ada mereka akan dituduh bawah Seksyen 39B (Akta Dadah Berbahaya 1952) bagi dua orang suspek awal yang ditangkap iaitu nelayan dan seorang penjawat awam.

“Jadi, pada tarikh itu (20 Mac) akan tahu akan tahu sama ada dituduh atau dibebaskan atau diambil tindakan di bawah peruntukan undang-undang yang lain,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor, hari ini.

Kosmo! semalam melaporkan polis berjaya membongkar modus operandi penyeludupan dadah didalangi kumpulan penjawat awam selepas menahan sembilan pegawai dan anggota sebuah agensi penguat kuasa bersama seorang nelayan dalam tiga serbuan berasingan di Johor Bahru, Putrajaya dan sekitar ibu negara baru-baru ini.

Kesemua suspek penjawat awam yang ditahan pada 6 hingga Mac lalu itu dipercayai bertugas di sebuah agensi penguatkuasaan di Putrajaya dan mereka berusia 33 hingga 49 tahun.

Jelas Ayob Khan, siasatan lanjut masih dijalankan bagi mengesan saki baki sekiranya mana-mana lagi penjawat awam yang terlibat.

“Kita akan ambil tindakan susulan,” katanya. -KOSMO!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI