fbpx

Tiada laporan kematian dapat dikaitkan dengan vaksin Covid-19

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Kementerian Kesihatan (KKM) mengesahkan bahawa tiada laporan kematian yang diterima dapat dikaitkan secara langsung dengan vaksin Covid-19 setakat 11 Mac lalu.

Timbalan Menteri Kesihatan II, Datuk Aaron Ago Dagang berkata, KKM juga bersedia untuk menyerahkan laporan bedah siasat kematian yang disyaki dengan vaksin Covid-19 kepada panel siasatan bebas untuk meneliti.

“Setakat ini, sebanyak 607 laporan melibatkan kematian disyaki penerima vaksin diterima sepanjang pelaksanaan Program Imunisasi covd-19 Kebangsaan (PICK).

“Daripada jumlah tersebut, sebanyak 451 daripadanya telah selesai penyiasatan dan penilaian oleh Jawatankuasa Khas Farmakovigilans Vaksin Covid-19 (JFK),” katanya pada sidang Dewan Rakyat hari ini.

Beliau menjawab soalan Dr. Kelvin Yii (PH-Bandar Kuching) yang bertanya mengenai jumlah kematian di kalangan penerima vaksin Covid-19 di Malaysia.

Beliau turut bertanya apakah ‘Cause Of Death’ (COD) untuk kesemua penerima vaksin tersebut dan apakah parameter yang digunakan oleh KKM untuk menentukan sama sebuah kematian boleh dikaitkan terus kepada vaksin atau tidak.

Sementara itu, Aoron berkata, KKM juga tiada halangan untuk memberikan laporan bedah siasat itu kepada pasukan bebas untuk dinilai semula. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI