fbpx

Teman lelaki tetap setia walau wajah cacat diserang anjing

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
JACQUELINE dibenarkan pulang selepas menghabiskan 60 hari di hospital setelah menjalani beberapa pembedahan menggunakan kulit dari punggungnya. – CBS Morning/ Twitter

DALLAS, TEXAS – Seorang pelajar di negeri Texas, Amerika Syarikat yang mengalami kecacatan teruk pada wajahnya akibat diserang oleh anjing meluahkan rasa gembira kerana teman lelakinya tetap setia kepadanya, lapor portal berita MailOnline semalam.

Jacqueline Durand, 22, bimbang kecederaan yang dialami akan menyebabkan hubungannya dengan teman lelakinya, Nathan, 24, putus di tengah jalan selepas dia diserang dua hari sebelum Krismas tahun lalu.

“Saya rasa serangan itu telah mendekatkan hubungan kami. Saya ragu-ragu juka dia mahu tetap bersama saya atau tidak.

“Saya bertanya kepadanya, adakah dia masih mahu setia di sisi saya? (wajah) Saya telah berubah selama-lamanya dan dia berkata bahawa dia mahu meneruskan hubungan kami,” kata Jacqueline kepada wartawan CBS News dalam satu penstrim langsung di Instagram.

Jacqueline sebelum ini menerima upah untuk menjaga dua ekor anjing namun dia diserang dan digigit haiwan itu sebanyak 800 kali.

Sementara itu, Nathan pernah dijaga oleh Jacqueline ketika dia disahkan menghidap kanser dan menjalani rawatan sebelum pulih. 

“Saya bersyukur kerana mendapat peluang yang sama untuk menunjukkan kasih sayang dan menjaganya sama seperti apa yang dilakukannya dahulu,’’ kata Nathan.  – Agensi

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI