fbpx

Stor simpan simen tanpa lesen diserbu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SEBAHAGIAN simen yang dirampas dalam operasi oleh KPDNHEP Perak di sebuah stor di kawasan Perindustrian Pinggir Bercham, Ipoh semalam.

IPOH – Sebuah stor penyimpanan simen yang disyaki menyimpan barang kawalan berjadual tanpa lesen di kawasan Perindustrian Pinggir Bercham di sini diserbu semalam.

Operasi Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Perak itu hasil risikan dan pemantauan selama seminggu.

Pengarahnya, Saifullizan Kamarul Zaman berkata, sebanyak 376,000 kilogram simen dianggarkan bernilai RM108,288 dirampas dalam serbuan pukul 3 petang itu.

“Dalam serbuan itu, kita telah menemui seorang lelaki berusia 49 tahun yang mengaku bertanggungjawab di premis berkenaan.

“Lelaki terbabit yang merupakan pemilik premis ditahan untuk diambil rakaman percakapan dan kes disiasat mengikut
Subseksyen 20(1) Akta Kawalan Bekalan 1961,” katanya dalam kenyataannya di sini hari ini.

Menurut beliau, setiap pengusaha atau syarikat-syarikat yang berniaga barang kawalan dinasihatkan mempunyai lesen berniaga barang kawalan daripada pengawal bekalan dan mematuhi semua syarat-syarat lesen yang ditetapkan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI