fbpx

Sasar 1,000 tanjak terjual sepanjang PAU

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Fadzi menunjukkan tanjak UMNO yang dijual di gerainya di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) sempena PAU 2021 semalam.Gambar: MUHAMAD IQBAL ROSLI

KUALA LUMPUR – Sebanyak ­1,000 pasang tanjak dijangka bakal terjual sepanjang empat hari penganjuran Perhimpunan Agong UMNO (PAU) 2021 di sini.

Pengarah Tanjak By Iman, Fadzi Yusoff, 38, berkata, pe­nganjuran PAU kali ini diharapkan berjalan dengan lancar di sam­ping mampu mengem­balikan kemeriahan penganjuran perhimpunan tahunan ini.

“Sudah tujuh tahun saya berniaga dan mengikuti PAU, sudah tentu saya berharap sangat perhimpunan kali ini kembali me­riah seperti sebelum ini.

“Sebelum ini, penganjurannya agak suram akibat Covid-19, namun tahun ini sudah kembali kepada bentuk fizikal, saya jangkakan Jumaat ini paling meriah,” katanya ketika ditemui Kosmo! semalam.

Dalam pada itu, ketika ditanya kenapa memilih tanjak sebagai barang jualan syarikatnya, jelas Fadzi, tanjak adalah barangan yang paling dekat dengan Melayu.

“Bangsa Melayu adalah bangsa paling unik, kuat dan mempunyai identiti tersendiri, tanjak adalah salah satu identiti bangsa Melayu yang perlu dikekalkan.

“Seperti UMNO yang memperjuangkan kepentingan orang Me­layu di negara ini, jika kita sendiri tidak menyokong perjuangan ini, siapa lagi yang perlu dipersalahkan,” ujarnya.

Selain itu, PAU 2021 turut dimeriahkan dengan gerai makanan dan ruang pameran agensi dan kementerian sepanjang empat hari penganjuran sehingga Sabtu ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI