fbpx

Remy bimbang ‘kenan’ watak suami kejam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
REMY dan isterinya, Ezza mendirikan rumah tangga pada Ogos tahun lalu selepas lapan tahun bercinta.

PETALING JAYA – Pelakon Remy Ishak memaklumkan dia belum dikurniakan rezeki untuk menimang cahaya mata sulung biarpun sebelum ini timbul desas-desus mengatakan iste­rinya, Ezza Yusof sedang berbadan dua.

Menurut aktor berusia 40 tahun itu, dia seboleh-bolehnya tidak mahu menimang anak buat masa sekarang kerana bimbang terbawa-bawa dengan watak lelaki dan suami kejam bernama Zafran Zahim lakonannya yang masih dalam pro­ses penggambaran ketika ini.

“Buat masa sekarang belum ada rezeki (anak) lagi. Sebenarnya saya takut, takut bawa watak ini dan kemudian isteri mengandung.

“Watak Zafran banyak dialog marah-marah ditambah pula beremosi dapat anak cacat. Baru-baru ini tular peminat nampak baby bump isteri. Saya tanya isteri dan dia beritahu tidak me­ngandung.

“Mungkin baju yang dipakainya besar dan orang (peminat) teruja,” katanya ketika menjawab pertanyaan ketika temu bual menerusi maya sempena promosi drama terbaharu lakonannya bersama Amyra Rosli, Jangan Menangis Cinta di sini semalam.

Pemilik nama lengkap Muhammad Zalimei Ishak itu memberitahu, disebabkan sedang menjayakan watak bapa yang membenci anaknya sendiri, dia berharap isterinya tidak hamil buat masa sekarang kerana bimbang ‘kenan’ pada bayi sendiri kelak. Istilah ‘kenan’ kerap dikaitkan dengan ibu hamil dan bayi.

“Dahulu saya tak percaya sa­ngat (kenan) tapi lepas jumpa orang dan dengar macam-macam cerita, baru percaya. Jadi buat masa sekarang, ja­ngan, mungkin tahun depan selepas selesai penggambaran watak Zafran,” katanya lagi.

Drama Jangan Menangis Cinta merupakan adaptasi daripada novel berjudul sama nukilan Siti Rosmizah dan akan menemui penonton bermula 21 Mac ini menerusi saluran Astro Ria setiap Isnin hingga Khamis pukul 10 malam.

Baru-baru ini, nama Remy menjadi bahan bualan ramai apabila mereka mendakwa ternampak baby bump Ezza, 39, dalam sebuah video ketika memperagakan sepasang kasut jenama miliknya. Pasa­ngan itu bernikah pada 21 Ogos tahun lalu selepas lapan tahun menyu­lam cinta.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI