fbpx

Rakyat semakin terdesak, perlu duit tampung hidup

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Seramai dua juta pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dijangka akan mengeluarkan sebahagian simpanan bagi tujuan melegakan kedudukan kewangan mereka yang tenat ketika ini.

Pakar Ekonomi, Prof. Emeritus Dr. Barjoyai Bardai berkata, tekanan hidup akibat kehilangan pekerjaan dan pengurangan pendapatan mendorong pencarum mengeluarkan simpanan seperti yang dibenarkan kerajaan.

“Pencarum dinasihatkan supaya menyemak baki simpanan agar menjamin keselesaan ketika bersara. Mereka perlu ada sekurang-kurangnya RM240,000 pada usia persaraan bagi membolehkan menikmati faedah RM1,000 sebulan bagi membantu kehidupan,” katanya.

Seorang lagi pakar ekonomi, Mohammad Noorizzuddin Nooh berkata, pencarum akan mengeluarkan simpanan kerana ter­desak bagi menampung kos sara hidup.

“Tambahan pula sekarang ini harga barang semuanya naik, perlu belanja keperluan sekolah anak, persiapan bulan Ramadan dan Syawal,” katanya.

Sementara itu, di Langkawi, seorang kerani sebuah hotel, ­Mazlina Yahaya, 34, berkata, dia lega dengan pengumuman tersebut bagi membolehkannya membayar hutang dan menampung keperluan harian.

“Saya tidak dibenarkan buat kerja lebih masa dan hanya dapat gaji sekadar cukup makan,” katanya.

Pekerja hotel, Hapizen Mohamad, 24, dia akan memikirkan sama ada hendak membuat pengeluaran atau tidak kerana tiada hutang dan komitmen bulanan yang rendah.

Di Kuala Terengganu, seorang bekas jurutera kapal, Mohd. Hasrul Nizam Ruslan, 32, berkata, duit itu akan digunakan untuk dia menampung perniagaan kecil-kecilannya.

“Saya tiada kerja tetap sejak diberhentikan dua tahun lalu akibat Covid-19,” katanya.

Pekerja swasta, Abdul Halim Abd. Ghani, 42, duit itu akan digunakan untuk anaknya yang akan memasuki sekolah berasrama penuh.

“Termenung juga bila dapat tahu anak dapat masuk asrama semalam (kelmarin) tetapi bila kerajaan umum boleh keluar KWSP, saya lega sedikit,” katanya.

Di Shah Alam, mangsa banjir dari Kampung Johan Setia, Siti Suraya Sharif, 38, berkata, wang itu akan digunakan untuk meneruskan kehidupan selepas dia kerugian RM50,000.

“Mungkin ada yang cakap wang itu patut untuk persaraan, namun mangsa banjir menganggapnya keperluan mendesak bagi meneruskan kehidupan.

“Banyak lagi barang-barang perlu dibeli dan amat berterima kasih kepada Perdana Menteri, yang memahami denyut nadi rakyat,” katanya.

Seorang lagi mangsa banjir di Kampung Padang Jawa, Abu Bakar Latif, 50, berkata, langkah kerajaan itu meringankan bebannya yang sebelum ini terpaksa mencari bantuan kewangan daripada pelbagai pihak.

“Kalau boleh memang hendak simpan tetapi kelangsungan hidup ketika ini perlu diutamakan memandangkan itu pun wang (KWSP) hasil simpanan kami sepanjang bekerja sebelum ini.

“Lagipun, sesi persekolahan pun hendak bermula dengan wang digunakan bagi keperluan anak-anak. Jadi, kami dapat senyum sedikit dalam mengharungi kehidupan selepas banjir ini,” jelasnya.

Di Ipoh, pekerja swasta, Hasnul Nizam Mohamad Ghazali, 47, berkata, dia lega dengan pengumuman itu kerana boleh buat belanja keluarga yang semakin memerlukan.
“Ini ialah berita yang ditunggu-tunggu,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI