fbpx

Program Jualan Keluarga Malaysia sempena Ramadan akan diteliti

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Rosol.

KUALA LUMPUR – Kerajaan akan meneliti cadangan untuk melanjutkan pelaksanaan Program Jualan Keluarga Malaysia (PJKM) sehingga akhir Ramadan 2022.

Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), Datuk Rosol Wahid berkata, pelaksanaan PJKM yang diadakan bermula 2 Disember 2021 itu adalah inisiatif kerajaan membantu meringankan kos sara hidup rakyat terutama pengguna dari kalangan berpendapatan rendah.

“Kerajaan melalui KPDNHEP serta Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) bekerjasama mencari penyelesaian terhadap situasi kenaikan harga barangan terutama yang terkesan dengan pandemik Covid-19 dan banjir yang melanda negara.

“Program ini menawarkan pilihan kepada pengguna untuk mendapatkan pelbagai barangan keperluan harian serta barangan proses dengan harga sehingga 20 peratus lebih rendah daripada harga pasaran setempat,” katanya.

Beliau menjawab soalan Rubiah Wang (GPS-PBB-Kota Samarahan) yang meminta kementerian tersebut menyatakan adakah terdapat cadangan mengekalkan PJKM khasnya ketika musim-musim perayaan di seluruh negara.

Sementara itu, Rosol berkata, kawalan harga barangan keperluan harian akan diteruskan melalui Skim Kawalan Harga Keluarga Malaysia Musim Perayaan yang akan dilaksanakan di seluruh negara.

Tambahnya lagi, sebanyak enam PJM musim perayaan yang akan dilaksanakan sepanjang tahun ini iaitu jualan Tahun Baru Cina, jualan Hari Raya Aidilfitri, jualan Pesta Kaamatan, jualan Hari Gawai, jualan Deepavali dan jualan Krismas. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI