fbpx

Polis kesan lelaki bakar mesin ATM di Mersing

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mesin ATM sebuah bank di Jalan Ismail, Mersing yang terbakar malam semalam.

MERSING – Polis sedang mengesan seorang suspek yang disyaki membakar sebuah mesin pengeluaran wang automatik (ATM) Agro Bank di Jalan Ismail, Mersing malam semalam.

Ketua Polis Daerah Mersing, Superintendan Cyril Edrward Nuing berkata, pihak polis menerima laporan kejadian kebakaran itu kira-kira pukul 9.15 malam.

“Susulan itu pihak polis dan bomba telah ke tempat kejadian untuk memadam api dan melakukan siasatan.

“Siasatan awal mendapati kejadian dipercayai berlaku pada pukul 7 petang di mana suspek seorang lelaki dilihat telah masuk ke dalam bilik ATM dan telah menyalakan api di mesin ATM tersebut.

“Usaha mengesan suspek sedang giat dijalankan. Pihak polis meminta orang awam yang mempunyai maklumat menyalurkan kepada pihak Polis,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Tambahnya kes diklasifikasi dan disiasat di bawah Seksyen 436 Kanun Keseksaan.

Terdahulu, seramai 17 anggota balai bomba dan penyelamat (BBP) Mersing dan Endau dihantar ke lokasi kejadian bagi memadamkan kebakaran.

Komander Operasi diketuai Pegawai Bomba Kanan II Anuar Hussine berkata kebakaran tidak melibatkan struktur dan bertindak membuat pemadaman sehingga api padam sepenuhnya.

Tambahnya kebakaran juga tidak melibatkan mangsa dan punca kebakaran serta anggaran kerugian masih dalam siasatan.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI