fbpx

Philip Morris diiktiraf majikan terbaik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Dari kiri, Pengarah PMM, Swati Chawla; Naeem dan Ketua Komunikasi Korporat PMM, Veronica Choo bergambar bersama anugerah majikan terbaik yang diterima syarikat.

PETALING JAYA – Philip Morris (Malaysia) Sdn. Bhd. (PMM) dinamakan sebagai Majikan Terbaik di Malaysia untuk tahun ketiga berturut-turut berdasarkan penilaian badan bebas, Top Employers Institute.

Pencapaian tersebut mengiktiraf kecemerlangan PMM dalam amalan sumber manusia dan mengukuhkan kedudukan syarikat dalam kalangan majikan pilihan yang memenuhi keperluan para pekerja yang pelbagai.

Pengarah Urusan PMM, Naeem Shahab Khan berkata, pengiktirafan tersebut, yang dianugerahkan buat tahun ketiga merupakan pembuktian kukuh bagi persekitaran kerja berkualiti tinggi di PMM.

“Kami terus berusaha untuk mencapai kecemerlangan dalam memastikan PMM menjadi tempat yang menarik untuk bekerja dan sentiasa mencabar diri sendiri dalam menyediakan suasana kerja yang unik untuk warga kami.

“Dalam perjalanan transformasi PMM, kami meletakkan sumber manusia di kedudukan pertama dengan memupuk persekitaran yang inklusif dan terpelbagai,” ujarnya dalam satu kenyataan hari ini.

Syarikat induk PMM, Philip Morris International (PMI) turut dinamakan sebagai Majikan Terbaik Global buat tahun keenam berturut-turut.

PMI menggaji lebih daripada 73,500 orang pekerja di seluruh dunia. – KOSMO! ONLINE

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI