fbpx

Pakej francais Oldtown White Coffee kurang RM50,000

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Oldtown White Coffee melancarkan pakej francais baharu semalam, dengan modal kurang RM50,000 dan RM100,000 bagi memacu pelan pengembangan syarikat yang menyasarkan untuk membuka 30 cawangan baharu di seluruh negara tahun ini.

Pakej francais baharu itu dijangka bakal memasuki pasaran bermula suku tahun keempat 2022.

Ketua Pegawai Eksekutif Oldtown White Coffee, Dawn Liew berkata, pakej berkenaan dibangunkan sebagai tanda sokongan kepada hasrat kerajaan untuk mewujudkan lebih banyak peluang perniagaan kepada golongan B40 dan M40.

“Orang ramai berpeluang menyaksikan prototaip bagi Pakej Perniagaan Francais Mikro (Mesin layan diri) dan Mampu Milik (Oldtown Express) di Karnival Oldtown Kopitiam di Sunway Pyramid sehingga 20 Mac ini,” katanya dalam satu kenyataan.

ROSOL (tengah) menyempurnakan pelancaran menu dan pakej francais baharu Oldtown White Coffee di Sunway Pyramid, semalam.

Pelancaran karnival berkenaan disempurnakan oleh Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Rosol Wahid semalam.

Rosol turut menyaksikan sesi menandatangani perjanjian francais bernilai RM2.9 juta antara Oldtown White Coffee bersama 6 francaisi baharu yang akan membuka cawangan Oldtown antaranya di IOI City Mall, R&R Tapah dan Kedah Digital Library. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI