fbpx

Lelaki naiki kapal persiaran 23 tahun tanpa henti

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SALCEDO menerima penghargaan oleh Royal Caribbean Crown & Anchor Society selepas mencapai mata pelayaran ke 8,000 di atas kapal Navigator of The Seas. – Facebook

MIAMI, FLORIDA – Seorang lelaki dari negeri Florida, Amerika Syarikat (AS) menganggap dirinya sebagai ‘lelaki paling bahagia di dunia’ selepas tinggal di atas kapal persiaran selama lebih 23 tahun, lapor laman Oddity Central, kelmarin.

Pesara sektor kewangan bernama Mario Salcedo itu telah menaiki beratus-ratus kapal persiaran sejak 23 tahun lalu. Dia hanya pernah berada di darat selama lebih satu hingga dua hari disebabkan pandemik Covid-19.

Salcedo sebelum itu menghabiskan sebahagian besar daripada kehidupannya dengan bekerja untuk beberapa syarikat kewangan utama termasuk Federal Express. Disebabkan tuntutan kerjaya untuk mengembara ke seluruh dunia, dia hanya dapat memerhatikan orang lain berseronok.

Keadaan itu berterusan sehingga pada suatu hari apabila Salcedo memutuskan bahawa sudah tiba gilirannya pula untuk berseronok. Disebabkan itu, dia meletakkan jawatan pada tahun 1997.

“Ramai orang berada di tepi pantai untuk bergembira, berbeza dengan saya yang datang dengan memakai sut dan tali leher serta beg bimbit.

“Akhirnya pada usia 47 tahun, saya berhenti bekerja. Saya melepaskan banyak manfaat kerjaya dan wang,” katanya.

Sebelum berhenti bekerja, Salcedo menempah enam tiket kapal persiaran secara berturutan dengan enam syarikat pengendali berbeza bagi merasai pengalaman baharu.

Pada akhir ‘eksperimen’ itu, dia akhirnya yakin bahawa itulah kehidupan bahagia yang diinginkannya. – AGENSI 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI