KUALA LUMPUR – Orang ramai dinasihatkan berhati-hati dengan iklan permohonan pengeluaran khas Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang dikongsi di media sosial.
KWSP dalam satu hantaran di Facebook berkata, pihaknya tidak pernah melantik mana-mana pihak ketiga untuk menguruskan pengeluaran khas.
“Berhati-hati dengan iklan permohonan pengeluaran khas yang dikongsikan di media sosial.
“Maklumat lanjut mengenai kaedah permohonan pengeluaran ini akan diumumkan dalam masa terdekat,” katanya di sini hari ini.
Terdahulu, Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menerusi satu sidang akhbar khas mengumumkan keputusan kerajaan membenarkan pengeluaran caruman KWSP.
Pengeluaran khas sehingga RM10,000 terbabit dibuka kepada ahli yang berusia 55 tahun ke bawah bermula pada 1 April sehingga 30 April ini.- KOSMO! ONLINE