KOTA BHARU – Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) sudah mengenal individu terlibat dalam dua kes penderaan bayi yang tular di Teluk Intan, Perak dan di Gelugor, Pulau Pinang.
Menterinya, Datuk Seri Rina Harun berkata, pihak kementerian memandang serius dan siasatan terperinci berhubung kes berkenaan sedang dibuat sebelum tindakan tegas diambil terhadap pelaku.
“Ini dua kes berbeza yang melibatkan penderaan ibu terhadap anak dan penderaan pengasuh terhadap bayi yang dijaga. Kita perlu siasat secara terperinci kerana ada kes lama yang ditularkan semula
“Bagi KPWKM, perkara ini serius dan siasatan terhadap kedua-dua kes perlu diselesaikan segera,” katanya pada sidang akhbar di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) di sini hari ini.-KOSMO! ONLINE