fbpx

Kereta hampir terjunam dalam tasik gara-gara elak anjing

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan kereta yang hampir terjunam ke dalam Tasik Putrajaya hari ini.

CYBERJAYA – Seorang pemandu e-hailing menempuh situasi cemas apabila kereta dipandu terbabas dan hampir terjunam ke dalam Tasik Putrajaya.

Difahamkan, kejadian berlaku apabila pemandu mengelak daripada melanggar seekor anjing yang melintas jalan.

Dalam kejadian pukul 5 pagi di Jalan Persiaran Tasik itu, sebuah kereta jenis Toyota Vios terbabas ke kanan jalan sebelum melanggar besi pembahagi jalan antara trek joging dan tasik.

Timbalan Ketua Polis Daerah Sepang, Superintendan Md. Noor Aehwan Mohammad berkata, pihaknya mendapati tiada sebarang kecederaan dan kemalangan jiwa berlaku.

Beliau berkata, siasatan awal mendapati, pemandu telah mengelak anjing yang melintas secara tiba-tiba dari arah kanan jalan sebelum pemandunya hilang kawalan dan terbabas ke kawasan tasik.

“Kereta tersebut adalah kereta sewa dari syarikat e-hailing Socar dan ia dipandu seorang lelaki berusia 21 tahun.

“Pemandu telah berhubung dengan dengan pihak Socar dan kereta itu akan ditunda dari kawasan tasik sebelum di bawa ke Cawangan Trafik, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sepang,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Katanya, pemandu kereta tersebut sudah hadir ke Cawangan Trafik IPD Sepang untuk buat laporan polis. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI