fbpx

Kerajaan selesai hutang 1MDB RM13.31 bilion

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Kerajaan telah membuat pembayaran sebanyak RM13.31 bilion berhubung hutang 1Malaysia Development Berhad (1MDB) setakat Februari tahun ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Idris Ahmad berkata, sejak April 2017 hingga November 2021, kerajaan telah menyalurkan bantuan kewangan dalam bentuk pinjaman atau pendahuluan berjumlah RM10 bilion melalui Kementerian Kewangan dan syarikat Menteri Kewangan Diperbadankan (MKD) bagi tujuan bayaran komitmen dan faedah hutang 1MDB.

Selain bantuan kewangan langsung kerajaan, katanya, faedah hutang 1MDB juga dibiayai menggunakan dana pemulihan aset syarikat itu yang diakaunkan dalam satu akaun amanah di bawah Kementerian Kewangan yang diberi nama Akaun Amanah Mendapatkan Kembali Aset.

“Setakat 28 Februari lalu, jumlah dana pemulihan aset 1MDB yang berjaya didapatkan kembali adalah sebanyak RM19.14 bilion daripada beberapa mata wang asing termasuk dolar Amerika Syarikat, dolar Singapura dan dolar Australia.

“Dana ini telah dan akan digunakan bagi tujuan pembayaran hutang 1MDB di mana setakat 28 Februari lalu, sebanyak RM3.31 bilion telah digunakan untuk tujuan pelunasan faedah Bon atau sukuk 1MDB.

“Ini menjadikan jumlah pembayaran yang telah dibuat adalah sebanyak RM13.31 bilion dengan akaun amanah masih berbaki sebanyak RM15.76 bilion termasuk hibah dan untung rugi tukaran asing,” katanya pada sidang Dewan Rakyat hari ini.

Beliau menjawab soalan M Karupaiya (PH-Padang Serai) yang meminta Kementerian Kewangan berapakah jumlah bayaran yang dijelaskan oleh kerajaan Malaysia untuk membayar balik hutang berkaitan dengan 1MDB dan SRC International setakat ini.

Selain itu, Karupaiya juga bertanya apakah sumber kewangan yang digunakan serta berapakah jumlah nilai dari setiap sumber ini dan semua pembayaran ini dibuat atas nama siapa dan berapakah baki lagi yang masih rakyat Malaysia hutang.

Mengenai baki dana pemulihan aset 1MDB, Idris berkata sebanyak RM15.76 bilion ini hanya mencukupi untuk menampung sebahagian besar prinsipal termasuk faedah hutang pada 2022 iaitu sebanyak RM16.18 bilion.

“Bagi menampung kekurangan dana, beliau berkata, kerajaan memperuntukkan sebanyak RM1.53 bilion untuk tujuan pelunasan faedah hutang 1MDB pada tahun ini,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI