fbpx

Kapal kargo UAE karam di laut Iran

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kapal Al Salmy karam akibat cuaca buruk dan ribut. - Iran Ports & Maritime Organisation

TEHRAN – Sebuah kapal kargo dari Emiriyah Arab Bersatu (UAE) karam kira-kira 50 kilometer dari Pelabuhan Assaluyeh di Iran akibat cuaca buruk, lapor akhbar Metro UK.

Kapal yang mengangkut kereta merentasi Teluk Parsi itu dilaporkan membawa 30 anak kapal.

Pengurus Operasi Salem Al Makrani Cargo, Kapten Nizar Qaddoura berkata, kapal Al Salmy itu karam akibat cuaca buruk dan ribut.

Menurutnya, pasukan penyelamat telah menyelamatkan 16 orang kru, manakala 11 lagi berjaya menaiki bot kecemasan.

Seorang kru pula diselamatkan sebuah kapal berhampiran manakala dua lagi masih menanti untuk diselamatkan.

“Kapal kargo itu membawa anak kapal dari negara-negara seperti Sudan, India, Pakistan, Uganda, Tanzania dan Etiopia.

“Ia dalam perjalanan menuju ke Umm Qasr, Iraq, dengan membawa kereta dan barangan kargo lain,” kata Nizar. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI