fbpx

Individu dakwa artis popular palsukan kematian muncul semula September ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pemilik satu akaun TikToke mendakwa seorang selebriti yang sudah mati akan kembali. @realtiktoktimetraveler/TikTok)

LONDON – Seorang pemilik akaun TikTok yang mendakwa dirinya sebagai pengembara masa dari tahun 2236 memberitahu pengikutnya bahawa seorang selebriti terkenal yang sudah meninggal dunia akan kembali pada September ini.

Menurut akaun itu, selebriti tersebut telah memalsukan kematiannya di mata dunia sejak sekian lama.

Selain ramalan itu, individu tersebut juga membuat beberapa dakwaan berhubung peristiwa besar yang akan berlaku sepanjang tahun ini.

“Pada 17 Jun, seekor makhluk laut yang pernah dilihat manusia akan memunculkan diri di Lautan Pasifik.

“Selain itu, tarikh 16 September akan diingati di mana seorang pemuzik tersohor akan kembali dan mengaku telah memalsukan kematiannya sebelum ini,” tulis akaun itu.

Video ramalan itu menarik jumlah tontonan sehingga 14 juta kali dan kebanyakan daripada pengguna meneka pemuzik itu ialah Michael Jackson atau Tupac Shakur.

“Saya yakin Michael atau Tupac yang akan muncul pada 16 September akan datang,” tulis seorang netizen. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI