fbpx

Ibu dituduh bunuh anak perempuan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tertuduh Thang Pui Ling di bawa ke Mahkamah Sesyen Teluk Intan atas pertuduhan membunuh anak kandungnya Heng Jing Yi. - Foto oleh MOHAMAD HAFIZI MOHD. SAID

TELUK INTAN – Seorang suri rumah dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Teluk Intan hari ini atas pertuduhan membunuh anak perempuannya berusia dua tahun dalam kejadian pada 9 Mac lalu.

Tertuduh Thang Pui Ling, 33, mengangguk faham ketika pertuduhan dibacakan jurubahasa di hadapan Hakim K. Rajeswari.

Mengikut pertuduhan Pui Ling didakwa membunuh Heng Jing Yi, dua tahun pada pukul 2 pagi di alamat bernombor 202, Lorong 17, Taman Seri Iskandar, Hutan Melintang pada 9 Mac lalu.

Justeru, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh yang memperuntukkan hukuman mati jika sabit kesalahan.

Bagaimanapun tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh dan mahkamah menetapkan sebutan semula kes pada 9 Mei akan datang.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Nur Azimah Che Ismail manakala tertuduh diwakili peguam Chuah Shyue Chien.

Semalam media melaporkan seorang ibu tegar mendera anak perempuannya berusia satu tahun 11 bulan sehingga mati ekoran tidak tahan mendengar kanak-kanak tersebut menangis.

Mangsa disahkan meninggal dunia oleh doktor yang memeriksanya selepas dibawa ke sebuah hospital swasta oleh wanita tersebut.

Pemeriksaan awal doktor ke atas tubuh mangsa mendapati terdapat beberapa kesan gigitan, lebam dan kecederaan termasuk luka di hidung, dagu dan cuping telinga kanan selain luka di belakang telinga kiri dan belakang kepala.

Terdapat juga kesan luka besar pada lengan kanan, jari kelingking dan telunjuk tangan kiri serta luka koyakkan pada celah jari telunjuk dan jari hantu kiri. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI