fbpx

Galak lebih ramai menyumbang kepada sekolah terjejas banjir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Hang Soon (tiga kiri) bersama Yang Chun (tiga kanan) menunjukkan isyarat bagus pada penyerahan sumbangan Sharp Malaysia hari ini. /FOTO ZULFADHLI ZAKI

SHAH ALAM – Kementerian Pendidikan (KPM) menggalakkan sumbangan pelbagai pihak termasuk syarikat korporat dalam membantu sekolah terjejas akibat banjir.

Timbalan Menteri Pendidikan 1, Datuk Dr. Mah Hang Soon berkata, hal ini secara langsung dapat membantu sekolah yang terkesan memperoleh peralatan serta bantuan sepatutnya bagi memastikan perjalanan takwim sekolah lancar.

“Namun, saya difahamkan ada pihak yang memberikan sumbangan secara terus kepada kumpulan sekolah itu, tanpa melalui Pejabat Pendidikan Daerah (PPD).

“Apapun, setinggi penghargaan saya ucapkan kepada semua pihak yang sudi membantu sekolah ini, tidak kira apa bentuk sumbangan sekali pun,” katanya selepas Program Sumbangan Sharp Malaysia kepada KPM di Ibu Pejabat Sharp Malaysia, Seksyen 27, di sini hari ini.

Pada program berkenaan, Sharp Malaysia turut menyumbangkan barangan elektrik bernilai RM388,000 kepada 100 buah sekolah di Selangor dan Pahang yang mengalami bah pada pertengahan Disember tahun lalu.

Sementara itu, Pengarah Urusan Sharp Electronics (Malaysia) Sdn. Bhd. (Sharp Malaysia), Ting Yang Chung berkata, antara barangan elektrik yang diberikan kepada kesemua sekolah itu seperti penghawa dingin, kipas siling, televisyen dan lain-lain lagi. -KOSMO!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI