fbpx

Gaji minimum RM1,500 akan diumum April, Mei ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Saravanan.

KUALA LUMPUR – Pengumuman berkaitan pelaksanaan gaji minimum RM1,500 dijangka akan dibuat di antara April hingga Mei ini.

Menteri Sumber Manusia, Datuk M. Saravanan berkata, kerajaan kini di peringkat akhir untuk mengkaji pelaksanaan gaji tersebut.

“Kerajaan cukup prihatin berhubung perkara ini, malah pelaksanaan gaji minimum itu turut mendapat sokongan penuh Jemaah Menteri yang berbincang mengenainya selama tiga minggu berturut-turut. Mungkin dalam masa sebulan atau dua bulan.

“Namun kerajaan perlu berhati-hati dalam pelaksanaannya kerana ada syarikat yang meminta pengecualian berikutan keadaan perniagaan dan kita tidak mahu ada majikan yang menggunakan alasan gaji minimum untuk membuang pekerja.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan tambahan Datuk Seri Anwar Ibrahim (PH-Port Dickson) mengenai bila kadar gaji minimum baharu akan dilaksanakan.

Saravanan berkata, kerajaan juga tidak mahu tergesa-gesa dalam membuat pengumuman atas pelbagai faktor yang perlu diambil kira dari sudut kepentingan pekerja.

“Kita tidak mahu sebarang tindakan kerajaan akan menyebabkan kadar pengangguran bertambah. Kita sedang kaji sektor mana yang boleh diberi sedikit kelonggaran,” tambahnya. KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI