fbpx

Buah zakar lembu halal dimakan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PUTRAJAYA – Buah zakar, testis atau telur lembu halal dimakan oleh umat Islam.

Itu jelas Datuk Seri Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri berhubung hukum memakan buah zakar lembu yang dikongsi menerusi portal Maktabah Al-Bakri hari ini.

Zulkifli berkata, buah zakar lembu atau seumpamanya daripada haiwan yang halal dimakan adalah termasuk dalam bahagian yang halal untuk dimakan.

Menurutnya, apabila sembelihan dilakukan ke atas haiwan yang halal di makan, maka ia turut menghalalkan semua bahagian anggota haiwan tersebut.

“Malah, harus untuk kita mengambil manfaat dengannya selagi mana ia bukan najis dan tidak memudaratkan.

“Dalam erti kata lain, semua bahagian-bahagian haiwan itu adalah cabang atau sebahagian daripada haiwan yang disembelih tersebut. Justeru, hukum yang sama turut terpakai ke atas bahagian-bahagian tersebut yakni halal dimakan,” katanya.

Bagaimanapun, katanya, sebahagian ulama berpendapat hukumnya adalah makruh dan bukannya haram kerana bahagian testis haiwan dianggap jijik oleh tabiat semula jadi manusia yang sihat. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI