fbpx

Banjir: Bomba selamatkan 18 penduduk Renggam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota bomba memindahkan penduduk yang terjejas di Kampung Senda Renggam, Kluang petang tadi.

KLUANG – Hujan lebat sehingga berlaku banjir kilat menyebabkan 18 individu daripada lima keluarga di Kampung Senda Renggam di sini terpaksa diselamatkan petang tadi.

Menurut Komander Operasi, Pegawai Bomba Kanan II KUP Ismail Rahmat, dalam kejadian pada pukul 5 petang itu, air paras pinggang menyebabkan mangsa yang berusia 20 hingga 30-an termasuk seorang kanak-kanak dipindahkan.

Jelasnya, mangsa kemudiannya ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) Sekolah Kebangsaan Jubli Renggam di sini.

“Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Johor telah menerima panggilan pukul 5.05 petang memaklumkan berlakunya banjir kilat di Jalan Senda dan Jalan Damai, Renggam.

“Seramai 18 orang mangsa daripada lima keluarga terdiri daripada 16 lelaki dewasa, seorang wanita dewasa dan seorang kanak-kanak perempuan,” katanya dalam satu kenyataan di sini.

Ismail berkata, keadaan air mulai surut dan tidak hujan namun operasi dan pemantauan masih dijalankan hingga keadaan dipastikan selamat. -KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI