fbpx

Azalina disahkan positif Covid-19

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Azalina disahkan positif Covid-19 hari ini.

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Pengerang, Datuk Seri Azalina Othman Said yang hadir ke Parlimen pagi tadi disahkan positif Covid-19.

Pejabat Ahli Parlimen Pengerang dalam satu kenyataan memaklumkan, Azlina disahkan positif selepas hasil ujian RT-PCR yang diterima petang tadi.

“Saya memohon maaf atas kesulitan yang timbul susulan perkembangan ini dan memohon agar sesiapa yang berurusan dengan saya dalam tempoh 48 jam lalu, dapat menjalani ujian saringan Covid-19 yang sewajarnya,” kata kenyataan itu hari ini.

Terdahulu, Azalina dilihat hadir pada sidang Dewan Rakyat hari ini dan sempat mengemukakan soalan dalam sesi soal jawab lisan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI