PETALING JAYA – Penduduk di dua daerah negeri Pahang dinasihatkan berwaspada susulan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang pagi ini.
MetMalaysia menerusi satu kenyataan di Facebook berkata, cuaca buruk terbabit dijangka berlaku sehingga pukul 11 pagi nanti.
“Antara kawasan terlibat adalah Pekan dan Rompin negeri Pahang.
“Sementara itu, amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 millimeter sejam dan sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk setiap keluaran,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE