fbpx

Yuni Shara trauma nak kahwin lagi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
YUNI SHARA

PENYANYI Yuni Shara mengakui trauma untuk berkahwin lagi. Selain trauma dengan kegagalan lama, dia juga terpengaruh dengan drama Korea Selatan yang banyak memaparkan pengalaman tidak bahagia dalam alam rumah tangga.

Ujar kakak kepada diva terkenal Indonesia, Krisdayanti itu, K-drama telah mempengaruhi fikirannya untuk berhati-hati jika mahu berkahwin buat kedua. Dia bimbang rumah tangganya akan musnah sekali lagi.

“Setakat ini saya masih belum terfikir untuk berkahwin lagi kerana masih trauma dengan perkahwinan terdahulu.

“Lagi pun saya banyak menonton drama Korea yang memaparkan kehidupan alam rumah tangga yang tidak bahagia. Jadi membuatkan saya bertambah takut,” katanya.

Bagaimanapun, jauh di sudut hati, Yuni masih menyimpan harapan untuk bertemu dengan pasangan hidup dan menemani usia tuanya suatu hari nanti.

“Sekurang-kurangnya saya ada teman ketika tua nanti. Tapi sayangnya saya masih dihantui trauma dengan kegagalan perkahwinan terdahulu,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI