fbpx

Undi pos kepada pengundi Sabah, Sarawak tidak diperluas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mas Ermieyati.

KUALA LUMPUR – Dewan Rakyat hari ini diberitahu Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tidak akan memperluas kategori undi pos kepada pengundi Sabah dan Sarawak yang tinggal di Semenanjung pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) akan datang.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Seri Mas Ermieyati berkata, pengundi digalakkan untuk membuat permohonan pertukaran bahagian pilihan raya berdasarkan tempat pemastautin terkini untuk memudahkan urusan pengundian bagi satu pilihan raya.

“Perkara 119 Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan salah satu daripada kelayakan untuk didaftarkan sebagai pemilih ialah dengan bermastautin di mana-mana bahagian pilihan raya.

“SPR akan menentukan bahagian pilihan raya seseorang pemilih mengikut kepada alamat pemastautin pemilih berdasarkan kad pengenalan dan pangkalan data Jabatan Pendaftaran Negara (JPN),” katanya pada persidangan Dewan Rakyat hari ini.

Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan Datuk Rozman Isli (Warisan-Labuan) yang mahu mengetahui sama ada SPR sedang mempertimbang untuk membenarkan pengundian pos bagi pengundi Sabah, Sarawak dan Labuan yang tinggal jauh daripada pusat pengundian berdaftar dalam merangka prosedur operasi standard (SOP) Covid-19 yang lebih berkesan pada PRU15 akan datang.

Mas Ermieyati berkata, kemudahan pengundian pos hanya diberikan kepada kakitangan SPR, tentera dan polis yang akan bertugas di hari pengundian awal.

“Kemudahan turut diberikan kepada kakitangan sembilan agensi antaranya Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Jabatan Penjara, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia, Jabatan Imigresen dan sukarelawan yang akan bertugas pada hari mengundi.

“Selain itu, pengundi tidak hadir luar negara iaitu penjawat awam yang berkhidmat di luar negara serta pasangan dan pelajar universiti sepenuh masa serta pasangan juga turut diberi kemudahan ini,” jelasnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI