fbpx

Tiga sahabat ditahan bersama heroin, syabu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Rodzi (dua dari kanan) menunjukkan sebahagian dadah yang dirampas di Kampung Tok Kesop, Jitra pada semalam.

JITRA – Tiga sahabat ditahan bersama kira-kira tiga kilogram (kg) dadah jenis heroin dan syabu dianggarkan bernilai RM186,200 dalam serbuan di sebuah rumah sewa di Kampung Tok Kesop  di sini semalam.

Serbuan pada pukul 1.30 tengah hari itu dilakukan sepasukan polis Bahagian Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kubang Pasu.

Ketua Polis Daerah Kubang Pasu, Superintendan Rodzi Abu Hassan berkata, dua lelaki dan seorang wanita berusia 23 hingga 30 tahun ditahan dan pihaknya merampas 1.63 kg heroin serta 1.37 kg syabu bernilai RM186,200.

“Kita turut merampas wang RM343 daripada dua suspek lelaki,” katanya pada sidang akhbar di IPD Kubang Pasu di sini hari ini.

Semasa serbuan dilakukan, ketiga-tiga suspek sedang leka menghisap dadah. Mereka disyaki menjadikan rumah sewa itu sebagai ‘port’ mengedar dadah sejak tujuh hingga lapan tahun lalu.

“Kita percaya dadah yang dirampas untuk pasaran di sekitar daerah Kubang Pasu dan boleh digunakan oleh 5,000 penagih sekiranya terlepas ke pasaran,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI