fbpx

Suspek rogol wanita OKU hingga beranak dalam tandas ditahan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PASIR PUTEH – Seorang buruh ditahan kerana disyaki merogol wanita orang kelainan upaya (OKU) masalah pertuturan sehingga melahirkan bayi lelaki di dalam tandas di rumahnya di sebuah kampung di sini minggu lalu.

Lelaki berusia 29 tahun yang berasal dari Padang Besar, Perlis itu ditahan kira-kira pukul 7 petang Ahad lalu dalam serbuan di sebuah rumah di Kampung Cherang di sini.

Ketua Polis Daerah Pasir Puteh, Deputi Superintendan Ediansha Endal berkata, polis menjalankan siasatan untuk mengesan suspek selepas menerima laporan daripada keluarga mangsa di Balai Polis Cherang Ruku di sini pada 8 Mac lalu.

Menurutnya, semasa serbuan dijalankan di rumah itu, polis turut menemui sebotol plastik yang mengandungi cecair disyaki air ketum di bahagian dapur.

“Polis masih menjalankan siasatan terhadap suspek mengenai kes tersebut. Ujian saringan air kencing turut mendapati suspek positif ubat penenang jenis benzo.

“Suspek kini ditahan reman selama tujuh hari bermula Ahad lalu sehingga 20 Mac ini untuk siasatan lanjut,” katanya ketika dihubungi Kosmo! hari ini.

Kosmo! Online sebelum ini melaporkan, seorang wanita OKU masalah pertuturan disyski telah dirogol sehingga melahirkan bayi lelaki di dalam tandas rumahnya di sebuah kampung di sini pada Selasa minggu lalu. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI