fbpx

Sindiket ulat jaket kaut untung RM40,000 seminggu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Zailani bercakap pada sidang akhbar di KLIA, Sepang hari ini. FOTO: FAIZ ALIFF

SEPANG – Berperwatakan menarik kemas dan menawarkan pakej percutian dengan harga murah antara tarikan digunakan ulat jaket dengan sasaran utama adalah pelancong dari Asia Barat.

Kelicikan sindiket itu berakhir semalam selepas ditumpaskan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) menerusi Operasi Ulat (Ops Ulat) di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini.

Ketua Pengarah JPJ, Datuk Zailani Hashim berkata, modus operandi ulat jaket berbeza dengan ulat biasa kerana mereka  berpenampilan kemas dengan memakai jaket.

Katanya, sindiket itu menawarkan pelbagai kemudahan termasuklah kenderaan sewa selain lawatan ke beberapa lokasi menarik kepada mangsa.

“Pakej murah yang ditawarkan meningkat berlipat kali ganda, sekali gus membolehkan sindiket didalangi warga tempatan itu memperoleh RM30,000 hingga RM40,000 seminggu.

“Sasaran mereka adalah pelancong dari Asia Barat kerana berdasarkan trend sebelum Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan, pelancong tersebut akan ke negara ini pada Mei, Jun dan Julai memandangkan cuaca di negara mereka panas,” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Zailani berkata, ulat jaket mula mendekati pelancong Asia Barat sebaik mereka mendarat di KLIA.

“Mereka akan mendapat bayaran sepanjang duduk sini (KLIA) dalam tempoh seminggu sampai RM30,000 hingga RM40,000 yang mana ia tak masuk akal. Sindiket tahu mangsa mempunyai wang dan mereka boleh kenakan bayaran sewenang-wenangnya,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI