LONDON – Pengurus Liverpool, Jurgen Klopp sedang menanti penuh debar untuk mendapatkan gambaran sebenar kecederaan Mohamed Salah sebelum menghadapi aksi getir bertemu Arsenal awal pagi esok.
Ketika ini, Salah yang hanya terlepas dua aksi liga musim ini kerana komitmennya bersama Mesir pada Piala Negara-Negara Afrika dilabelkan sebagai pemain paling konsisten dalam skuad Liverpool.
Malah ramai yang mula memperkatakan bintang dari Mesir itu adalah sebagai pemain terbaik pada Liga Perdana Inggeris (EPL), namun pada aksi bertemu Brighton sebelum ini, khidmatnya hanya dapat digunakan untuk tempoh 65 minit sebelum dikeluarkan ekoran kecederaan.
“Kita akan lihat dulu. Dia fikir kecederaannya tidak begitu serius, namun kamu boleh lihat apabila di duduk (di bangku simpanan), segalanya tidak berlaku dengan 100 peratus,” kata Klopp.
Dalam apa juga situasi, pertahanan The Reds, Andy Robertson turut mengingatkan rakan-rakan sepasukannya supaya kekal dengan cara permainan sebelum ini untuk beri tekanan kepada Manchester City di puncak liga.
Robertson menjelaskan, Liverpool tidak ada banyak masa untuk memikirkan apa yang sedang menghimpit pasukan dan perlu cuba tampil sehabis baik setiap kali turun ke gelanggang.
“Segalanya datang secara cukup pantas dan kami kini sedang berada dalam persaingan. Kami mencuba setiap perlawanan dan paling penting adalah fizikal serta mental kami berada dalam keadaan bersedia.
“Dalam aspek itu, kami sudah cukup bagus dan perkara yang kami boleh lakukan adalah mengawal perlawanan untuk cuba raih kemenangan. Masih banyak perlawanan dan kami perlu terus catat keputusan lebih baik,” kata Klopp. – AGENSI