fbpx

PTPTN sambut ulang tahun Jubli Perak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) hari ini menyambut ulang tahun ke-25 Jubli Perak dengan memperkenalkan logo rasmi terbaharu bagi tahun 2022 yang mempunyai simbolik istimewa.

Pengerusi PTPTN, Datuk Wan Saiful Wan Jan berkata, simbolik rekaan logo terbaharu tersebut mencerminkan kejayaan PTPTN dalam membantu pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) menamatkan pengajian sekali gus membuka peluang terhadap mereka.

“Rekaan logo PTPTN merentasi angka lima bulatan melambangkan PTPTN selaku tabung pilihan utama negara yang membantu pelajar dalam mendapatkan akses pengajian tertinggi tanpa bebanan kewangan.

“Warna perak pula menjadi simbolik kecemerlangan syarikat dalam membantu pelajar melanjutkan pengajian ke IPT seterusnya menjadi penyumbang bakti tenaga kepada agama, bangsa dan negara,” katanya dalam Majlis Pelancaran Logo Sambutan Jubli Perak 25 Tahun PTPTN, di Menara PTPTN, di sini hari ini.

Selain itu, Wan Saiful memaklumkan, sehingga 31 Januari tahun ini, PTPTN telah membantu seramai 3.63 juta pelajar dengan jumlah pinjaman dikeluarkan sebanyak RM65.6 bilion.

“Sementara itu, usaha membantu ibu bapa dalam pengurusan kewangan dengan memperkenalkan Skim Simpanan Pendidikan Nasional (Simpan SSPN) pada tahun 2004 membuahkan hasil apabila berjaya meraih pembukaan akaun sebanyak 5.26 juta dengan deposit berjumlah RM11.1 bilion.

“Ini membuktikan peranan PTPTN dalam membantu golongan pelajar amat penting dan menjadi tunggak pembangunan modal insan negara selain membantu ibu bapa mempunyai perancangan kewangan untuk masa depan anak-anak,” ujarnya.

Jelasnya, PTPTN akan terus komited meneruskan legasi kecemerlangan dan menaruh harapan akan sokongan masyarakat supaya terus menjadi tabung pendidikan tinggi utama negara. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI