fbpx

Peranti terkini beri pengguna lebih pilihan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
BEZEL ultra nipis yang ditawarkan peranti ini beri pengalaman menonton sangat selesa dan mengasyikkan.

PASARAN telefon pintar dunia terus menawarkan kepelbagaian pilihan kepada pengguna setelah banyak syarikat pengeluar memperkenalkan peranti terkini.

Honor antara salah satu syarikat pengeluar yang tidak melepaskan peluang itu apabila melancarkan telefon pintar Honor Magic4 Pro.

Peranti itu membawa revolusi baharu dalam industri telefon pintar kerana mengetengahkan ciri-ciri premium seperti fotografi ultra-fusion, video sinematik, skrin pengecasan wayarles 100W terkini.

Dalam pada itu, pengenalan ikonik Eye of Muse dalam reka bentuk simetrinya, peranti itu hadir dengan skrin paparan kuad lengkung LPTO berukuran 6.81 inci dan bezel ultra nipis untuk memberi pengalaman menonton sangat selesa dan mengasyikkan.

Dengan paparan skrin 1.07 bilion warna, setiap bingkai memberi pandangan dinamik dan dikuasakan dengan lebih baik oleh generasi baharu paparan LPTO dan teknologi Honor MotionSync.

Ia seterusnya menyalurkan kadar segar semula pintar daripada 1Hz hingga 120Hz untuk memberi pengalaman hiburan yang lancar.

Mengenai kamera pula, peranti itu hadir dengan tiga kamera terdiri daripada kamera lebar 50MP, ultra lebar 50MP 122 dan kamera telefoto periskop 64MP.

Semua ini dikuasakan oleh fotografi ultra-fusion yang terbaik dalam kelasnya, sekali gus membolehkan imej definisi tinggi yang jelas dan menakjubkan walaupun dirakam dari jauh.

Sementara itu, peranti itu juga dilengkapi dengan pengecasan pantas 100W Wired Honor SuperCharge yang boleh mencapai bateri penuh 100 peratus dalam tempoh 30 minit.

Inilah yang Honor Magic4 Pro mampu lakukan dan pengguna tidak perlu risau bateri cepat habis kerana peranti ini mempunyai bateri berkapasiti 4600mAh.

Peranti itu merupakan telefon pintar pertama yang menyokong pengecasan wayarles 100W dan dan kapasiti bateri boleh mencapai 50 peratus dalam masa 15 minit.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI