fbpx

Penjaga rokok seludup dibayar gaji RM3,000

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Soffian (kanan) menunjukkan hasil rampasan Op Kontraban pada sidang akhbar di IPD Timur Laut di George Town hari ini. Foto IQBAL HAMDAN

GEORGE TOWN – Seorang lelaki ditahan polis bersama hampir 365,000 batang rokok seludup dalam serbuan di sebuah rumah di Jalan Bagan Serai di sini kelmarin.

Suspek berusia 62 tahun itu ditahan dalam serbuan kira-kira pukul 7 malam ketika berada bersendirian di dalam rumah bersama rokok pelbagai jenama terbabit.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Soffian Santong berkata, pihaknya menjumpai rokok berkenaan disyaki tidak bercukai menerusi Op Kontraban di bahagian ruang tamu.

Menurutnya, hasil serbuan itu, pihaknya merampas 18,240 kotak rokok yang berjumlah 364,800 batang dengan nilai dianggarkan kira-kira RM275,000.

Soffian berkata, hasil siasatan lanjut mendapati lelaki itu merupakan pekerja yang menjaga rumah yang dijadikan stor tempat menyimpan rokok tersebut.

“Siasatan mendapati subjek kes ini bekerja sebagai penghantar bekalan rokok kepada pelanggan sejak kira-kira lima bulan lalu dengan gaji RM3,000 sebulan.

“Subjek juga merupakan penghuni dan penjaga rumah itu yang ditugaskan untuk menjaga bekalan rokok tidak bercukai tersebut,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah Timur Laut di sini hari ini.

Menurut Soffian lagi, suspek direman selama seminggu bermula semalam bagi siasatan lanjut mengikut Seksyen 135(1)(d) Akta Kastam 1967. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI