fbpx

Pemuda OKU buat laporan kecewa gurauan kasar ‘Kak Long’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Khairull Hafiz menunjukkan laporan polis yang dibuat berhubung video seorang wanita dikatakan telah mempersendakan golongan OKU.

PETALING JAYA – Seperti kata pepatah Melayu, terlajak perahu boleh diundur tetapi terlajak kata atau perbuatan buruk padahnya.

Situasi ini boleh dikaitkan dengan tindakan seorang wanita yang dikenali sebagai ‘Kak Long 7E’ apabila video terbaharunya yang didakwa mempersenda orang kelainan upaya (OKU).

Walaupun wanita itu telah tampil memohon maaf dengan memaklumkan bahawa dia tiada niat sama sekali untuk mempersendakan golongan tersebut, namun tindakannya itu masih mendapat kecaman orang ramai yang tidak berpuas hati akan perkara berkenaan.

Seorang pemuda, Khairull Hafiz yang juga seorang OKU berkongsi gambarnya selepas selesai membuat laporan polis berhubung kejadian yang berlaku disebabkan berasa terhina dengan perbuatan wanita tersebut.

“Alhamdulillah, selesai menunaikan tanggungjawab sebagai warga OKU. Laporan terhadap ‘Kak Long’ telah dibuat.

“Apabila OKU dihina, takkan kita nak duduk diam dan terima sahaja, semoga ada sedikit keadilan dan semoga pelaku mengambil pengajaran,” katanya menerusi hantaran di Facebook hari ini.

Sehubungan itu, rata-rata orang ramai menyokong tindakan pemuda tersebut dan berpuas hati sekiranya tindakan yang tegas diambil terhadap wanita terbabit.

“Terbaik abang, demi maruah OKU, buat apa yang perlu, biar ada tindakan tegas buatnya,” kata Black Warrior.

“Bagus, saya setuju mana-mana pihak sama ada yang memang OKU atau ada anak OKU terutama yang keadaan seperti dibuat oleh ‘Kak Long 7E’ itu boleh ambil tindakan buat laporan polis, bagi ajar mana-mana individu yang suka mengejek golongan OKU,” ujar Nurlyna Ibrahim. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI